Terma dan Syarat
Return policy (Polisi pemulangan)
1-Mana- mana produk yang telah dibeli dari butikmaya.com boleh ditukarkan dengan produk lain yang sama harga dengannya atau lebih tinggi darinya. Pemulangan perlu dilakukan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan produk oleh pelanggan.Jika melebihi tempoh 7 hari, produk tidak boleh ditukar.
2-Pelanggan boleh menukarkan produk dengan alasan berikut:
a) pelanggan tidak berpuas hati dengan saiz, warna, material dan kualiti produk dengan alasan yang munasabah.
b) terdapat kerosakan atau ketidaksempurnaan pada produk yang bukan disebabkan oleh proses penghantaran kepada pelanggan.
3-Semua kos penghantaran courier yang terlibat dalam proses penukaran atau pemulangan produk perlu ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan, samada kos pemulangan produk kepada butikmaya.com atau kos penghantaran produk baru kepada pelanggan. Pihak butikmaya.com tidak akan menanggung sebarang kos penghantaran.
Terma penggunaan laman web butikmaya.com dan urusan jual beli serta penghantaran produk.
1-Pelanggan yang berurusan dengan butikmaya.com dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang digariskan di dalam laman web ini.
2-Stok produk di butikmaya.com berubah dengan cepat kerana perniagaan dijalankan secara online dan offline. Jika terdapat sebarang kekurangan stok atau kehabisan stok dan menyebabkan kerugian di pihak pelanggan, butikmaya.com tidak akan bertanggungjawab di dalam hal ini.
3-Jika terdapat sebarang kerosakan atau kehilangan bungkusan produk semasa proses courier kepada pelanggan, butikmaya.com tidak akan bertanggungjawab dalam hal ini kerana perkara ini adalah di luar kawalan kami. Pelanggan adalah digalakkan untuk mengambil insuran untuk bungkusan yang mana caj tambahan akan dikenakan, ini bergantung kepada caj insuran yang dikenakan oleh pihak PosLaju.

